Istana Pahang nafi klip video rekaan Tengku Mahkota ke Indonesia

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Istana Pahang nafi klip video rekaan Tengku Mahkota ke Indonesia
Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan satu klip video rekaan yang tular di platform Tik Tok berhubung kehadiran Tengku Hassanal ke Indonesia baru-baru ini. Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN - Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan satu klip video rekaan yang tular di platform Tik Tok berhubung kehadiran Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Indonesia baru-baru ini.

Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, klip video yang disebarkan di akaun Tik Tok tersebut mendakwa kehadiran Tengku Mahkota Pahang ke Indonesia bagi menonton ritual keagamaan yang dilakukan oleh seorang individu yang bergelar ustaz.

"Video berkenaan langsung tidak menunjukkan sebarang kehadiran Tengku Mahkota Pahang malah hanya rekaan dan fitnah bagi menarik orang ramai melalui platform media sosial tersebut yang disyaki scammer,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, penafian tersebut dibuat susulan mesej yang disebarkan kepada orang ramai menggunakan nama Tengku Hassanal bagi memperdaya masyarakat.

Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta agar lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial,” menurut hantaran itu. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved