![Image from: [VIDEO] Negara lain tengah makan asap, dia dah mula tanam semula sawit](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-08-at-6.00.25-PM-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Ketika beberapa negara di Asia Tenggara berdepan masalah jerebu akibat kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, sebuah video tular di media sosial mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Video tersebut memaparkan aktiviti penanaman semula kelapa sawit di kawasan tanah dipercayai baru terbakar di Indonesia dengan keadaan tanah masih kelihatan hitam dan kesan kebakaran di sekitarnya.
Situasi itu seolah-olah menunjukkan aktiviti penanaman semula diteruskan seperti tiada apa yang berlaku, ketika asap tebal daripada kebakaran sebelum ini dilaporkan menjejaskan kualiti udara di beberapa negara jiran.
Lebih mengundang perhatian, ruangan komen video berkenaan dipenuhi kritikan netizen yang mempersoalkan kesan pembakaran terhadap alam sekitar, hidupan liar serta kesihatan penduduk di negara lain.
“Negara lain makan asap, dia dah mula tanam semula,” antara komen yang mendapat perhatian.
Seorang lagi netizen menyifatkan tindakan membakar kawasan hutan sebelum ditanam semula sebagai aktiviti yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Ada juga yang mempersoalkan tujuan pembakaran dilakukan sekiranya kawasan berkenaan akhirnya akan digunakan untuk penanaman kelapa sawit.
“Hasil yang haram (fasad). Membunuh semua binatang dan menyebabkan kerosakan di bumi. Pendapatan daripada penanam sampai lah yang menjual semua haram sebab hasil daripada merosakkan alam sekitar,” tulis seorang netizen.
Seorang lagi pula mempersoalkan, adakah berkat hasil daripada tanaman tersebut kerana telah menyusahkan orang lain.
“Berkat ke makan dari hasil yang mendatangkan mudarat kepada ramai orang?” Soalnya.
Tidak kurang juga yang menyindir tujuan pembakaran tersebut sebelum aktiviti penanaman semula dilakukan.
“Konoha (Rakyat Indonesia) macam ni otak tak ada tu tujuan dia bakar hutan,” tulis seorang lagi pengguna.- KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Negara lain tengah makan asap, dia dah mula tanam semula sawit appeared first on Kosmo Online.






