“Istanbul Aku Datang Chapter 2?” – Lisa Surihani & Beto Kusyairy Buat Netizen ‘Throwback’

Entertainment
29 Mar 2023 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara filem tempatan yang diminati ramai serta evergreen ialah filem romantik komedi Istanbul Aku Datang yang ditayangkan pada tahun 2012.

Filem yang dilakonkan oleh Lisa Surihani dan Beto Kusyairy itu mengisahkan tentang Dian yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, namun semuanya berubah ketika dia bertemu Harris.

“Istanbul Aku Datang chapter 2?”

Semalam tular di media sosial apabila terdapat sebuah iklan Ramadan oleh jenama makanan Pak Mat Western yang menampilkan kedua-dua bintang filem Istanbul Aku Datang iaitu Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

Lebih menarik perhatian, iklan tersebut memaparkan lakonan semula babak dalam filem berkenaan dengan sedikit twist di mana Lisa ingin menjemput jirannya untuk berbuka bersama namun terkejut apabila melihat jirannya itu rupa-rupanya Beto.

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik mengganggu hidup saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Iklan tersebut mendapat perhatian ramai netizen teruja serta rindu dengan gandingan kedua-dua mereka yang sangat ikonik itu. Bukan netizen je, ramai rakan artis turut excited dengan iklan berdurasi 3 minit itu.

image is not available

Min pun dah banyak kali sangat tengok filem ni! Best betul!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved