Isteri Achey jalani IVF kedua, sedang ‘bed rest’

Family & Parenting
12 Sep 2026 • 12:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isteri Achey jalani IVF kedua, sedang ‘bed rest’

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Achey kini memberikan sepenuh perhatian kepada isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra disapa Anne yang sedang menjalani tempoh rehat panjang atau bed rest selepas memulakan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua pada 5 September lalu.

Achey berkata, keputusan untuk kembali menjalani rawatan berkenaan dibuat bersama isterinya selepas percubaan pertama mereka tidak membuahkan hasil.

“Saya sudah buat keputusan untuk tahun ini dengan isteri saya untuk lakukan semula. Setelah gagal pada kali pertama, kali ini kita buat dengan Alhaya Fertility Centre, bersama Dr. Haris Hamzah.

“Kita sudah study pasal Dr. Haris. Dia adalah orang pertama yang berjaya buat IVF di Malaysia dan banyak juga keputusan yang positif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih menguatkan hasratnya iuntuk memiliki cahaya mata lagi adalah disebabkan permintaan anak perempuan mereka, Tiara Zinnirah, 8 yang ingin mempunyai adik.

“Salah satu kenapa IVF ini diteruskan pada tahun ini, kerana Tiara. Nampak tingkah laku dia dah mula nak adik. Dia pergi ke mana saja, kalau dia nampak budak dia akan dukung. Tak kira anak siapa, dia akan dukung.

“Selalunya, dia akan dukung anak kawan-kawan ‘motocross’ saya. Dia juga selalu cakap nak jumpa anak kawan-kawan saya,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan isteri, Achey berkata dia tidak membenakan isterinya melakukan kerjay berat selain mengakui tubuh isterinya mudah berasa panas.

“Jadi masa sekarang, isteri saya sedang ‘bed rest’. Kali ini bukan seperti ‘bed rest’ yang pertama, kerana tempohnya agak panjang.

“Suhu badan dia memang buat dia rasa panas walaupun dia duduk dalam bilik yang berhawa dingin.

“Saya kagum. Saya beruntung ada isteri yang menginginkan zuriat daripada rahimnya dan sanggup berusaha untuk buat rawatan ini.

“Saya boleh cakap, IVF ini sakit. Prosesnya bukan semudah yang orang sangka. Orang cakap, ‘Kalau tak dapat anak, buat IVF.’ Mudah orang cakap, tetapi sebenarnya proses itu menyakitkan,” katanya.

Bagaimanapun, Achey mengakui sudah melakukan yang termampu dan berserah kepada Allah untuk memberikannya rezeki atau sebaliknya.

“Untuk kali kedua ini saya tidak mengharap apa-apa. Kita jalan dengan tenang, jalan dengan santai, lalui sahaja. Proses IVF kali ini, lebih ‘detail’ dan sangat panjang jadi kita lalui dengan tenang.

“Kami cuma mengharapkan orang mendoakan sebab kita tidak tahu doa siapa yang akan diangkat, mereka yang benar-benar ikhlas mendoakan. Berjaya atau tidak berjaya, itu kita sudah usaha. Selebihnya kita berserah,” katanya. -UTUSAN

The post Isteri Achey jalani IVF kedua, sedang ‘bed rest’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved