Meta Dalam Persiapan Melancarkan Penawaran AI Berejen Seumpama OpenClaw

TechnologyDigital
25 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini dilaporkan sedang dalam persiapan untuk melancarkan penawaran AI berejen seumpama OpenClaw dinamakan Hatch. Meta dijangka melancarkan perkhidmatan berkenaan seawal Ogos atau September ini.

Image from: Meta Dalam Persiapan Melancarkan Penawaran AI Berejen Seumpama OpenClaw

Tidak setakat itu, Meta juga sedang turut membangunkan model AI baharu secara dalaman untuk pelancaran sekitar Oktober kelak. Kedua-dua langkah ini dilihat selari dengan fokus Mark Zuckerberg untuk menawarkan perkhidmatan kecerdasan buatan, dan bersaing dengan yang lain dalam arena tersebut.

Mark Zuckerberg sebelum ini kecewa kerana gagal menguasai pasaran telefon pintar seperti Google dan Apple. Untuk tidak terlepas dalam teknologi seterusnya, Mark Zuckerberg melakukan pelaburan tinggi dalam arena realiti-terimbuh menyasarkan ia akan menjadi arena seterusnya. Namun, secara tiba-tiba, arena kecerdasan buatan meletus dan memperlihatkan kelahiran jenama baharu seperti OpenAI dan Anthropic.

Mark Zuckerberg tidak terus mengalah, dan turut mengalihkan sejumlah pelaburan ke pembangunan kecerdasan buatan, dan melakukan pengambil-alihan sejumlah syarikat dan bakat dalam terus memperkukuhkan produk mereka.

Walaupun mempunyai capaian pengguna tinggi melalui WhatsApp, Instagram dan lain-lain, penggunaan Meta AI masih rendah – disebabkan ia dilihat kurang pintar atau cerdas berbanding model lain. Namun, dengan model yang baik, serta integrasi AI berejen, perkara berkenaan mungkin berubah.

Melalui laporan awal, hatch dijangka akan mengintegrasikan kawalan bersama sejumlah aplikasi popular di Amerika Syarikat, sekaligus memudahkan pengguna melakukan arahan dan mengautomasikan sejumlah perkara. Penawaran perkhidmatan ini juga dijangka akan membolehkan Meta menjana pendapatan tambahan melalui langganan para pengguna.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan sama ada Mark Zuckerberg dan Meta dapat menerajui arena kecerdasan buatan atau tidak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved