Isteri Aliff Syukri nafi hamil lagi – “Anak yang ada pun tak terjaga”

LocalFamily & Parenting
1 Oct 2025 • 5:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menafikan bahawa dirinya sedang hamil anak ketujuh.

Nafi hamil lagi

Menerusi hantaran di Threads, Shahida memberitahu usianya yang semakin tua menyebabkan dia tidak merancang untuk menambah anak dan mahu fokus kepada keluarga sahaja.

image is not available

“Dah tua awak, takdenya nak mengandung lagi, anak pun dah ada enam orang.

“Nak menjaga anak-anak ni bukan senang, setiap seorang lain-lain ragamnya. Tak terdetik lagipun nak mengandung buat masa ini,” kata Shahida, hari ini.

Dalam pada itu, beliau sempat bergurau menyatakan kehidupannya yang begitu sibuk menyebabkan tidak sempat untuk mengurus anak-anak dan tanggungjawab itu diambil alih oleh pembantu rumah.

image is not available

“Anak yang ada pun tak terjaga, bibik yang jaga lagi nak tambah anak,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, Shahida menunjukkan demo masakan ketam cili api memandangkan ia menu kegemaran anak-anaknya.

Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga bersama Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim

Sumber: Threads @shahidadherbs