“Misha Omar Ni Memang Humble, Peramah Patutlah Bertahun Dalam Industri” – Aliff Syukri

EntertainmentLifestyle
1 Oct 2025 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian selepas dia menunaikan hasrat anak sulungnya, Ammar Ahyan untuk bersua dengan penyanyi kegemarannya, Misha Omar.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff berkongsi video memaparkan situasi ketika Ammar berjumpa dengan penyanyi bersuara lunak berkenaan selepas program Talk To My Manager, minggu lalu.

Sebenarnya, Ammayan adalah peminat fanatik Misha Omar. Dia ada bagi tahu kalau boleh nak jumpa Misha. Sebagai seorang abah, saya cuba yang terbaik. Tak sangka dia (Misha) sudi berjumpa dengan Ammar.

image is not available

Pada masa sama, Aliff juga turut memuji keperibadian Misha yang merendah diri dan berpendapat sikap itu menjadi salah satu sebab mengapa penyanyi berkenaan bertahan lama dalam industri.

Apa pun Misha Omar ni memang artis yang humble, baik dan juga peramah. Patutlah boleh main bertahun dalam industri ni.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ramai berpendapat Amamr Ahyan kini sudah kurang ‘kayu’ dan dilihat tidak kekok serta bersahaja ketika bertemu Misha.

Sekarang Ammaryan dah nampak berani, cool dan tetap bersahaja.

image is not available 2025-09-26 16:08:40

Ammar Ahyan Tekad Mahu Sambung Belajar Ke Luar Negara - "Duit Boleh Dicari, Tapi Ilmu Tak Boleh Dibeli"