Isteri Along Cham Tenang, Dah Ready Selesaikan Masalah Rumah Tangga Yang Lama Tertangguh - “Tak Sabar Nak Settlekan Semua!”

9 Mar 2025 • 10:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menyatakan sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan berhubung rumah tangga mereka.
 

Tak sabar nak selesaikan kemelut

Menurut Afreena atau lebih mesra disapa Feena berharap kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.

“Alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja malah saya sendiri sudah tidak sabar untuk selesaikan semuanya.

“Keluarga juga sentiasa memberi sokongan dan rakan-rakan sekerja pun sama, mereka mendoakan yang baik baik sahaja.

“Perkara ini sudah lama sangat tertangguh jadi apa yang boleh saya katakan, saya sudah sangat bersedia untuk selesaikannya,” katanya ketika dihubungi Gempak pada Ahad.
 

Harap tiada provokasi

Dalam pada itu, Feena juga berharap tidak ada sebarang provokasi berlaku sebaik sahaja kes tersebut selesai selepas ini.

“Selepas semuanya selesai kelak, saya harap tolong jangan ada sebarang provokasi memburukan dan mengaibkan masing-masing (untuk pihak sebelah sana),” ujarnya ringkas.

 

Sebutan kes lafaz taklik pasangan itu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin.

Feena juga menyatakan akan memberi kerjasama penuh terhadap kes mereka di mahkamah.

 

 

 

Pada 28 Januari lalu Along mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan lafaz taklik terhadap Feena.

Dia kemudian diminta untuk melakukan urusan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana alamat rumahnya dalam daerah berkenaan.

Untuk rekod, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024.

Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua mereka.