Rezeki anak soleh! Aliff Syukri & Shahida hadiahkan kereta mewah Porsche buat anak sulung

9 Oct 2025 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menurut Shahida, beliau dan suami sudah lama menyimpan hasrat mahu membelikan kenderaan tersebut buat anaknya memandangkan Ammar sudah mempunyai lesen memandu selain memudahkan urusannya berulang-alik ke kolej.

Kereta mewah Porsche

image is not available
image is not available

“Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan.

“Yelah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup.

“Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. So mama dengan papa tahu hari ni sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan.

“Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. Insya-Allah ada rezeki untuk anak anak mama yang lain bila sampai masanya,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Kereta mewah Porsche

image is not available

Sementara itu, beliau turut menitipkan pesanan buat anaknya agar sentiasa menjaga diri dan tidak lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur,” tegasnya.

image is not available

Tahniah Ammar!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Ammar dan berpandangan layak menerima hadiah tersebut kerana banyak membantu keluarganya menguruskan perniagaan.

image is not available

Pertama kali nampak Ammar ada ’emosi’

Dalam pada itu, ramai teruja apabila pertama kali melihat Ammar mendedahkan perasaannya memandangkan sebelum ini dia dikenali dengan personaliti yang serius.

image is not available

Sekadar info, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007, dan hasil perkahwinan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Sumber: Instagram @Nur Shahida