“Isteri derhaka tempatnya neraka jahanam” – Tan Sri Musa Hassan

8 Mar 2023 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, netizen telah mengaitkan nama Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dengan satu video suami dan isteri bergaduh yang tular di media sosial.

Ekoran ini, Musa telah memberi amaran supaya orang ramai tidak masuk urusan privasi keluarganya dan turut mengatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ada yang membuat spekulasi.

“Isteri derhaka pada suami, tempatnya adalah neraka jahanam”

Manakala melalui Twitter peribadinya, bekas ketua polis negara ini telah kongsikan ciapan menyenaraikan ciri-ciri isteri derhaka kepada suami. Antaranya adalah suka menyakiti hati suami dan meminta cerai dari suami.

image is not available

Selain dari itu, Musa turut memberikan nasihat kepada para isteri untuk tidak mengamalkan beberapa tabiat buruk ini.

image is not available

Tak cukup dengan itu, Musa turut kongsikan hadis dan potongan ayat Al-Quran mengenai isteri dan perempuan.

Sabda Raulullah SAW bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim).”

Sebelum ini, satu video menunjukkan pergaduhan suami dan isteri telah tular di mana rata-rata netizen mengatakan lelaki di dalam video tersebut mirip Tan Sri Musa Hassan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.