Isteri Dicerai Dalam Pantang, ‘Abang Santan’ Kejar Cinta Janda Lebih Berusia?

28 May 2025 • 4:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Isteri Dicerai Dalam Pantang

Tular di media sosial beberapa hantaran dipercayai seorang isteri yang dicerai dalam pantang oleh peniaga dikenali sebagai ‘Abang Santan’ di TikTok.

Isteri dicerai dalam pantang, main aplikasi berkenalan dengan janda

Menerusi hantaran yang dibuat, wanita terbabit mendakwa suaminya telah bermain cinta dengan beberapa orang wanita lebih berusia berstatus janda selepas bermain satu aplikasi.

image is not available

Isteri dicerai dalam pantang, anak baru lahir 42 hari

Lebih menjijikkan adalah tangkapan layar yang dikongsikan isteri Abang Santan berkenaan perbualan suaminya dengan wanita-wanita terbabit.

Difahamkan, isteri lelaki tersebut diceraikan ketika bayi baru dilahirkan berusia 42 hari.

image is not available

Perbualan jijik macam apa

Jelas isteri lelaki terbabit lagi, suaminya kerap memberi alasan sudah tidak ada rasa apa-apa lagi dengannya serta memberi alasan malas memasak serta enggan melayannya sejak hamil sebagai modal untuk bercerai.

Dia turut mendedahkan perbualan suaminya dengan wanita berstatus janda itu di Facebook.

 

image is not available

Seakan menjadi trend mendedahkan mesej-mesej perbualan mengaibkan di media sosial berkenaan masalah rumah tangga sejak kebelakangan ini.

Walaupun tidak membenarkan tindakan berlaku curang di belakang pasangan, namun mendedahkan aib sebegini berisiko mendatangkan kemudaratan kepada pihak pengadu serta keluarga masing-masing.

Semoga masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Sumber: Facebook