Isteri Ditinggalkan Kerana ‘Penyondol’, Kini Kahwini Bapa Kepada Perampas Rumah Tangganya

15 Nov 2025 • 2:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu kisah di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita membalas dendam dengan cara yang tidak disangka terhadap individu yang pernah menghancurkan rumah tangganya.

Menurut perkongsian itu, wanita berkenaan diceraikan oleh suaminya tahun lalu selepas suami tergoda dengan kehadiran orang ketiga.

Dendam terbalas dengan cara luar jangka

Namun, siapa sangka, dia kini berkahwin dengan bapa kepada perempuan yang pernah ‘menyondol’ suaminya sendiri.

image is not available

Tambahnya lagi, rakannya itu telah diceraikan dengan talak tiga kerana bekas suami tergila-gilakan wanita muda.

image is not available
image is not available

Walaupun rakannya pernah merayu agar rumah tangganya tidak diganggu, wanita tersebut tetap meneruskan hubungan hingga menyebabkan perceraian berlaku.

image is not available

Kisah itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial. Rata-rata menyokong tindakan wanita tersebut yang dianggap sebagai ‘kemenangan’ selepas apa yang dilaluinya.

Ada juga yang menganggap perbuatan itu sebagai balasan setimpal kepada individu yang pernah merosakkan rumah tangga orang lain.

Pssttt! Kadang-kadang karma datang dalam bentuk yang tidak disangka. Apa pun, setiap tindakan ada akibatnya — mungkin lebih baik mencari bahagia tanpa perlu membalas dendam.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Isteri Ditinggalkan Kerana ‘Penyondol’, Kini Kahwini Bapa Kepada Perampas Rumah Tangganya appeared first on Oh! Media.