“Terlalu kejam lidah manusia” – Umisya Hilang Sabar, Tampil Beri Respon Lepas Dituduh ‘Gaslight’ Orang

EntertainmentLifestyle
12 Nov 2025 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sekian lama mendiamkan diri, Umisya Mazlan telah tampil bersuara kerana menerima kecaman dan tuduhan melampau terhadap dirinya baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang diberikan menerusi Instagram Story itu, isteri kepada Aslam ini meluahkan rasa kecewa setelah dirinya dituduh ‘gaslighting’ seseorang dan cuba menumpang populariti selepas isu rumah tangganya menjadi sorotan di media sosial.

Tegas Umisya, dia selama ini memilih untuk berdiam diri kerana ingin menjaga maruah keluarga dan keharmonian semua pihak.

image is not available
image is not available

Dalam pada itu, Umisya turut menyatakan bahawa dia tidak pernah bercerita perihal rumah tangga kepada umum bahkan dia langsung tidak mengarah dan letak apa-apa syarat dalam rumah tangganya.

Di samping itu, Umisya juga meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan segala cacian yang dilemparkan terhadapnya biarpun dia hanya mendiamkan diri. Lebih meluluhkan hati, anaknya yang masih kecil turut terkena tempias.

image is not available

Sumber: Instagram 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.