Isteri ekori hingga hotel, tangkap suami ‘bersama’ ibu tunggal

20 Oct 2026 • 4:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri ekori hingga hotel, tangkap suami ‘bersama’ ibu tunggal

KULIM – Tindakan nekad seorang wanita mengekori suaminya secara senyap membongkar rahsia gelap lelaki itu yang dicekup berkhalwat bersama wanita lain di sebuah hotel di sini, pagi tadi.

Lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 42 tahun itu ditahan pegawai masjid di dalam bilik hotel di Padang Serai, di sini kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, tangkapan dilakukan ketika isteri lelaki terbabit turut berada di lokasi selepas dipercayai mengekori suaminya sejak tengah malam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu berstatus suami orang dan mempunyai dua anak serta bukan beragama Islam, manakala wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal beragama Islam yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun.

“Pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam sebelum ditemukan bersama di dalam bilik ketika pemeriksaan dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit berasal dari Padang Serai dan tidak bekerja, manakala wanita berkenaan berasal dari Terengganu dan turut tidak bekerja.

Katanya, lelaki itu memaklumkan bahawa dia mengenali wanita itu ketika mereka bekerja di tempat yang sama iaitu di sebuah syarikat kurier sekitar Mac lalu.

Wanita berkenaan pula memberi alasan datang dari Terengganu ke kawasan itu kerana mempunyai urusan dengan pihak bank.

Tambahnya, pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kulim untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat. – KOSMO! ONLINE

The post Isteri ekori hingga hotel, tangkap suami ‘bersama’ ibu tunggal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved