Remaja disyaki mangsa eksploitasi seks diselamatkan

20 Oct 2026 • 10:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja disyaki mangsa eksploitasi seks diselamatkan

ARAU – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan selepas polis menyerbu sebuah premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran, di sini semalam.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu, polis turut menahan dua lelaki yang disyaki mempromosikan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi MiChat.

Katanya, kedua-dua suspek itu juga disyaki melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.

“Serbuan menerusi Ops Noda tersebut dilakukan selepas pihaknya menjalankan siasatan dan risikan terhadap premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Hamzah pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang serta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja disyaki mangsa eksploitasi seks diselamatkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved