Sukan Para Asia: Boonie hadiahkan emas kedua Malaysia

20 Oct 2026 • 5:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan Para Asia: Boonie hadiahkan emas kedua Malaysia

PETALING JAYA: Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

Bonnie mengukuhkan reputasinya di pentas Asia apabila meraih emas menerusi acara 72 kilogram (kg) lelaki di Pusat Perdagangan dan Industri Bandar Nagoya.

Dalam acara itu, Bonnie mengangkat bebanan keseluruhan 225 kilogram (kg) untuk muncul juara, mengatasi pencabar terdekat dari China, Zhang Pingkong yang meraih perak dengan angkatan 212kg.

Melangkapkan kedudukan podium bagi acara itu ialah wakil Iran, Mohsen Bakhtiar yang mengangkat bebanan keseluruhan 208kg.

Dalam aksi di Pusat Perdagangan dan Industri Bandar Nagoya itu, Bonnie memulakan saingan dengan angkatan 216kg sebelum berjaya meningkatkan bebanan kepada 225kg pada percubaan kedua.

Zhang pula berjaya melakukan angkatan 212kg pada percubaan kedua, manakala Bakhtiar turut mencatat 208kg sebagai angkatan terbaiknya untuk membawa pulang gangsa.- UTUSAN

The post Sukan Para Asia: Boonie hadiahkan emas kedua Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved