Isteri Fikry Ibrahim Sah Tarik Balik Permohonan Cerai

LocalEntertainment
20 Jun 2025 • 10:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fikry Ibrahim

Kemelut rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan, memasuki fasa baharu nampaknya.

Terbaru! Menurut laporan mStar, peguam Khalizah telah mengesahkan bahawa permohonan cerai telah ditarik balik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis lepas.

Saya sahkan bahawa Khalizah ada buat permohonan untuk tarik balik kes perceraian mereka.

Hakim beri peluang rundingan damai

image is not available

Menurut peguam terbabit, pihak mahkamah kini memberi laluan kepada pasangan ini untuk berbincang dan mencari jalan perdamaian, sekali gus memberi harapan bahawa hubungan mereka masih boleh diselamatkan.

Sekarang diberikan laluan untuk perbincangan perdamaian.

Kenyataan Fikry Ibrahim di Melodi adalah benar

image is not available

Sebelum ini, Fikry muncul dalam program Melodi dan memaklumkan bahawa isterinya telah menarik semula permohonan cerai, namun timbul kekeliruan dalam kalangan netizen. 

Penjelasan peguam ini sekaligus menguatkan kenyataan Fikry bahawa mereka masih dalam proses perbincangan.

Pssttt! Dalam perkahwinan, komunikasi dan peluang kedua mungkin jadi kunci untuk kembali bahagia. Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.