Peguam Sangkal Dakwaan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai, Jelaskan Perkara Sebenar

Entertainment
20 Jun 2025 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peguam syarie mewakili Siti Khalizah Alihan, iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib menepis dakwaan pengacara dan pelakon Fikry Ibrahim yang mengatakan anak guamnya hadir ke mahkamah untuk menarik balik permohonan cerai.

Menurut Wan Muhammad Afiq, tiada tarikh tangguhan akan ditetapkan oleh pihak mahkamah jika penarikan balik dibuat pada semalam.

“Ya betul. Mahkamah beri tempoh yang panjang untuk berdamai. Sebenarnya, kalau ia ditarik balik, maka, tiada tarikh tangguhan dan mahkamah tidak akan beri tarikh itu.

“Kami mohon tarikh selanjutnya bagi menunggu pendirian atau jawapan dari plaintif (Fikry). Kalau kami tarik balik semalam, maka, selesailah… Tiada tarikh tangguhan.

“Tiada tarik balik dibuat semalam. Betul apa yang media laporkan semalam. Saya pun takkan hendak memaklumkan (kepada media) perkara bertentangan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Fikry malam tadi berkongsi dalam program Melodi, menyatakan bahawa kehadiran isteri ke mahkamah adalah bagi membatalkan permohonan cerai yang dibuat sebelum ini.

Dia juga menegaskan perkahwinan mereka masih bahagia dan menolak tanggapan beberapa pihak yang bercakap buruk tentang rumah tangganya.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Afiq juga memberitahu surat saman sudah pun diserahkan tetapi plaintif tidak hadir ke mahkamah semalam.

“Kami semua memang tunggu pendirian dia sama ada dia nak bersetuju atau tidak. Atau dia nak berdamai sebab pada dasarnya anak guam kami nak berdamai. Jadi kami mahu tahu pendirian plaintif nak berdamai atau tidak.

“Tetapi dia tidak datang. Jadi, kami tidak tahu pendirian dia. Sebab itulah mahkamah bagi tarikh tangguhan,” katanya.

Tambahnya lagi, prosiding akan bersambung pada 10 September depan untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak berdamai.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.