Fikry Ibrahim Pertahan Isteri, Mohon Henti Sebar Komen Negatif - “Saya Lelaki, Dah Biasa..."

20 Jun 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelawak dan pengacara, Fikry Ibrahim memohon agar masyarakat menghentikan sebarang komen negatif terhadap isterinya, Siti Khalizah Alihan di platform media sosial.
 

Henti kecaman terhadap isteri

Menurut Fikry, meskipun dirinya tidak kisah menjadi sasaran kecaman, namun dia berharap agar isterinya tidak terus dihujani komen yang tidak wajar, terutama di platform seperti Instagram dan TikTok.


 

“Kepada anda di rumah saya mohon sangat, kalau komen-komen negatif janganlah di Instagram atau TikTok isteri saya,” ujarnya.

 


Fikry berkongsi perkara itu dalam sebuah program hiburan pada Khamis.


 

Sayang isteri


Tambah Fikry lagi, mereka berdua masih menjalani kehidupan seperti biasa dan tetap menyayangi isterinya.


 

“Dekat saya tak apa. Saya lelaki, dah biasa, kami menjalankan kehidupan seperti biasa, saya sayang isteri saya.
 
“Jadi saya harap sangat janganlah sebarkan komen-komen yang tak patut,” tegasnya.

 


Terdahulu, pada Khamis, peguam syarie, mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian ekoran tiada persefahaman.


 


Wan Muhammad Afiq turut memberitahu prosiding akan bersambung pada 10 September depan untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk perdamaian.


 


Bagaimanapun, Fikry mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan pada Mei.


 


Fikry mempertahankan rumah tangga bersama Siti Khalizah yang dinikahi pada 12 Januari lalu, bahagia, malah, mereka saling sayang-menyayangi.