“Isteri itu beban, kawan-kawan punca rezeki” – Fara Salleh Kongsi Kata-kata Daripada Shuk Sahar?

Entertainment
3 Mar 2025 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut rumah tangga antara Fara Salleh dan Shuk Sahar dilihat seperti semakin berlarutan apabila isteri kepada pelawak tersebut ada memuat naik satu video memaparkan imbasan kandungannya.

Selain itu, video tersebut mengandungi kata-kata yang mencuri tumpuan netizen kerana ia seolah-olah menunjukkan Fara Salleh kini dalam keadaan patah hati.

Pada awal video, Fara ada menulis kata-kata yang dipercayai daripada seseorang yang membuatkan hatinya terguris.

“Biar hilang anak bini asal jangan hilang kawan. Isteri itu beban, kawan-kawan punca rezeki” –saudagartemasek-

Berdasarkan pemantauan penulis, ‘saudagartemasek’ yang dimaksudkan berkemungkinan Shuk Sahar memandangkan hashtag dan akaun review TikTok miliknya menggunakan nama tersebut.

Walaubagaimanapun masih belum ada kepastian jika ia betul-betul kata-kata daripada Shuk Sahar.

Pun begitu, daripada kata-kata yang ditulis itu, Fara menjelaskan yang dia sudah reda dan individu yang dia maksudkan itu juga kini tiada lagi halangan untuk keluar malam, bebas berkomunikasi dan bebas daripada segala aspek.

“You’re free now, dan aku juga bebas seperti mana kebebasan kau.”

Menjengah ke ruangan komen, Fara dilihat seperti kecewa kerana suaminya yang tiada di sisi saat dia melakukan pemeriksaan lanjut mengenai kandungannya.

image is not available image is not available

Mudah-mudahan di bulan Ramadan yang mulia ini, masing-masing dapat lah muhasabah diri.

Sumber : TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.