Jasad Teruji Tapi Iman Tak Goyah, Solat Berjemaah Di Masjid Tetap Jadi Pegangan

8 Aug 2025 • 3:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Jasad Teruji Tapi Iman Tak Goyah, Solat Berjemaah Di Masjid Tetap Jadi Pegangan

Seorang individu istimewa yang dikenali sebagai Karim menjadi inspirasi ramai apabila tetap menunaikan solat berjemaah lima waktu di masjid, biarpun bergelut dengan kekangan fizikal sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut pengguna Threads dikenali Jimmie Brown Duke yang berkongsi kisahnya, kecekalan Karim jelas kelihatan setiap kali dia hadir ke masjid meskipun pergerakannya tampak sukar dan tidak seimbang.

“Ni Karim namanya. Dia ni OKU tapi solat berjemaah lima waktu tak tinggal. Saya tengok dia makan pun seksa, susah nak seimbangkan badan… solat pun terhuyung-hayang,” katanya.

image is not available

Jasad Teruji Tapi Iman Tak Goyah

Lebih mengagumkan, Karim bukan sahaja istiqamah menunaikan solat wajib berjemaah, malah turut memperbanyakkan amal ibadah melalui solat sunat.

“Solat sunat rawatib pun dia rajin buat,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mencetuskan rasa kagum dalam kalangan masyarakat yang menjadikannya sebagai contoh kekuatan iman dan keteguhan hati dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, walau diuji dengan keterbatasan tubuh.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Threads jimmiebrownduke