Isteri Mangsa Rempuhan Pemandu Mabuk Mahu Fail Saman RM1 Juta

LocalPolitics
1 Apr 2026 • 2:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isteri kepada penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh sehingga melambung ke atas sebuah kereta, Nor Nadia Abdul Majid, mahu memfailkan saman sivil sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh, R Saktygaanapathy, 28, yang didakwa membunuh suaminya, Amirul Hafiz Omar, 33.

Terdapat pengiraan yang perlu dibuat

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Peguamnya, Mohd Faizi Che Abu, menyatakan jumlah sebenar dalam kes saman sivil ini belum dimuktamadkan kerana terdapat pengiraan yang perlu dibuat berdasarkan beberapa faktor.

“Di sisi undang-undang, kita tak boleh tuntut pampasan berdasarkan emosi kerana ada pengiraan yang akan diambil kira antaranya gaji dan tanggungan keluarga mangsa.”
“Saya akan berbincang dengan anak guam, tetapi jumlah itu perlu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang serta ketetapan kes-kes terdahulu.”

image is not available

Tertuduh mengangguk faham

Semasa prosiding di Mahkamah Majistret, Saktygaanapathy mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

image is not available

Selain itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dadah jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) kepada dirinya sendiri mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Faizi Che Abu turut menjelaskan, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit dan menambah kebenaran itu membolehkan mereka mendapatkan fakta yang sahih sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.

Sumber: Sinar Harian 

The post Isteri Mangsa Rempuhan Pemandu Mabuk Mahu Fail Saman RM1 Juta appeared first on Borak Daily.