Isteri Amirul Hafiz Mahu Saman Pemabuk RM1 Juta

LocalPolitics
1 Apr 2026 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ramai yang ingin keadilan ditegakkan dalam kes tragis melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut dirempuh hingga melambung ke atas kereta dengan pemandu mabuk.

Terbaru, isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, dilaporkan mahu memfailkan saman sivil terhadap tertuduh dengan anggaran tuntutan mencecah RM1 juta. Namun, jumlah sebenar masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Isteri Amirul Hafiz mahu saman RM1 juta

image is not available

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, Mohd Faizi Che Abu, tuntutan saman RM1 juta itu bukan dibuat secara sembarangan. Ia perlu melalui pengiraan berdasarkan faktor seperti gaji mangsa dan tanggungan keluarga.

Di sisi undang-undang, kita tak boleh tuntut pampasan berdasarkan emosi kerana ada pengiraan yang akan diambil kira antaranya gaji dan tanggungan keluarga mangsa.- Katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa jumlah akhir akan diputuskan selepas berbincang dengan anak guam serta merujuk kepada kes-kes terdahulu.

Tertuduh berdepan hukuman berat

image is not available

Dalam prosiding di Mahkamah Majistret, tertuduh, R Saktygaanapathy, 28, didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat pada 29 Mac lalu.

Kes ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta sebatan jika tidak dikenakan hukuman gantung.

Selain itu, tertuduh juga mengaku bersalah atas kesalahan mengambil dadah jenis Benzo dan THC pada hari sama di IPD Klang.

Mahkamah benarkan peguam pemerhati

image is not available

Dalam perkembangan sama, mahkamah turut membenarkan pihak peguam mangsa untuk hadir sebagai pemerhati sepanjang prosiding berlangsung.

Langkah ini penting bagi memastikan mereka mendapat fakta sahih dari mahkamah sebelum tindakan saman dan urusan insurans dibuat.

Difahamkan, tertuduh juga masih belum diwakili peguam dan kemungkinan wakil akan dilantik menjelang sebutan kes seterusnya.

Pssttt! Kes macam ni memang buat kita semua tersentak, korang. Dalam hidup ni, jangan ambil mudah soal keselamatan dan jangan sesekali libatkan diri dengan benda yang boleh memudaratkan orang lain. Satu kesilapan boleh ubah hidup ramai orang untuk selamanya.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Isteri Amirul Hafiz Mahu Saman Pemabuk RM1 Juta appeared first on Oh! Media.