Isteri Maut Dikelar Suami, Suspek Cuba Bakar Rumah Ibu Mentua

4 Jun 2025 • 10:07 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita berusia 34 tahun maut dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di Tangkak pada Isnin.

Menurut laporan Astro Awani, insiden berlaku antara jam 4.15 hingga 4.30 petang, apabila suspek yang berusia 33 tahun dipercayai menggunakan pisau pemotong sayur untuk menyerang mangsa yang bekerja sebagai kerani.

Selepas kejadian, suspek melarikan diri ke rumah keluarga mentuanya sebelum didakwa cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari lokasi kediamannya.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Bagaimanapun, cubaan berkenaan gagal apabila hanya beberapa buah kenderaan di bahagian luar rumah terbabit yang dibakar.

Suspek akhirnya diberkas pihak polis ketika dia pulang ke rumahnya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Tangkak bagi membantu siasatan lanjut.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Lee Kim Keat untuk siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan sengaja dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan khianat dengan api.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek pula mendapati dia bebas daripada bahan terlarang.

Sumber: Astro Awani