Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Ini Hukum Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idris

26 Sep 2024 • 6:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang hukum isteri yang meminta cerai daripada suami dari segi agama.

Haram Bau Syurga

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkaitan wanita yang meminta cerai daripada suami.

Mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu...

“Nabi kata,’mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut menasihati wanita di luar sana supaya bersabar demi menjaga rumah tangga.

“Jadi, orang perempuan kena bersabar. Minta cerai, belum cerai lagi. Tertutup pintu syurga, haram masuk syurga. 

“Ramai isteri yang minta cerai sebenarnya akhlak mereka tidak baik,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Ustaz Azhar terdapat lima perkara yang membenarkan seseorang isteri dibenarkan untuk meminta cerai.