Isteri MK K-Clique Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan - “Ini Anugerah Terbesar Daripada Allah”

3 Aug 2024 • 11:14 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada penyanyi rap MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Sabtu.

Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.

Cahaya mata

“Alhamdulillah ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri.
Ini anugerah terbesar daripada Allah,” katanya.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)




 

Rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kehamilan pertama pasangan itu namun ada juga diantara mereka yang membuat tekaan Siti Hajaar sedang hamil anak kembar.

Bagaimanapun, Siti Hajaar membalas setiap komen dengan mengharapkan semua orang mendoakan kehamilan seterusnya selepas ini dikurniakan rezeki anak kembar. 

Untuk rekod, MK dan Hajar bernikah pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor.