Isteri parah, suami cedera terlibat kemalangan dua kenderaan

15 Oct 2026 • 8:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri parah, suami cedera terlibat kemalangan dua kenderaan

GEORGE TOWN – Seorang wanita mengalami kecederaan parah manakala suaminya hanya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM1.3 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Salina Sahak,45, dilaporkan tersepit di bahagian pemandu kenderaan trak pikap jenis Toyota Hilux.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit mengalami kecederaan parah pada kepala, kaki dan tangan manakala, suaminya berusia 47 tahun pula dilaporkan cedera ringan pada badan.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.49.pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan. keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Jalan Perak.

“Insiden kemalangan jalan raya itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri dengan kereta jenis Honda BRV yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun. Namun, pemandu terbabit juga hanya mengalami kecederaan ringan.

” Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan selamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak Bulan Sabit Merah untuk dibawa ke Hospital,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jelas beliau, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 5.37 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

The post Isteri parah, suami cedera terlibat kemalangan dua kenderaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved