Isteri Pertama Abang Tesla, Nurmajdina Buat ‘Live’ Dan Dedah Sesuatu Undang Perhatian Netizen

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 3:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini, isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari dilihat sudah hilang sabar dan mendakwa sering diganggu secara mental oleh keluarga madunya selepas tersebar mengenai kelahiran anak usahawan itu bersama isteri kedua.

Nurmajdina juga menunjukkan bukti alat ujian kehamilan di mana dia pernah mengandung dan tidak mandul.

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, Nurmajdina berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF) menerusi live di Tiktok miliknya baru/baru ini.

Bukan tu jer, isteri pertama kepada Abang Tesla itu juga mendedahkan yang sepanjang dua kali melakukan rawatan IVF, dia telah menghabiskan lebih daripada RM30,000 

Pembedahan untuk pemindahan dah dua kali, kos dia mahal. Saya rasa lebih RM30,000.

Kali pertama IVF tu tak jadi, kali kedua jadi tapi tak lama.

Bukan tu jer, Majdina juga berkata yang dirinya sudah 6 tahun menjadi pejuang garis dua atau TTC (trying to conceive) apabila ditanya netizen menerusi ruangan komen. 

Perkara itu juga buatkan ramai yang memberikan kata-kata semangat untuk terus kuat menunggu kehadiran cahaya mata kepada isteri Abang Tesla itu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan