Isteri Pertama Puas Hati Adik Kepada Madu Turut Diduakan, Akui Kifarah Itu Wujud – “Allah Pilih Saya Jadi Orang Pertama Yang Tahu..”

2 Jul 2025 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang merupakan isteri pertama meluahkan rasa syukur kerana merasakan doanya terhadap mereka yang pernah mengkhianatinya akhirnya dimakbulkan Tuhan.

Setelah lima tahun hidup bermadu dengan bekas rakan baik sendiri, wanita itu kini berasa lega apabila adik perempuan kepada madu (isteri kedua) pula mengalami nasib yang sama iaitu dimadukan oleh suaminya.

image is not available

gambar hiasan

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita yang sudah berumah tangga selama 12 tahun itu mengakui hakikat bahawa kifarah itu wujud.

Saya sendiri dapat berita beserta bukti bergambar yang adik perempuan bongsu isteri kedua suami telah dimadukan oleh suaminya tanpa pengetahuan dia dan ahli keluarga.

 

Allah pilih saya jadi orang pertama yang tahu berita itu. Bahkan sebelum madu saya dan suami saya sendiri.

image is not available

gambar hiasan

Wanita itu turut mengimbas kembali saat paling sukar dalam hidupnya ketika mengetahui suami tersayang telah menikahi kawan baiknya secara diam-diam.

Ketika itu, dia hanya mampu menangis dan berdoa agar diberikan keadilan dalam merasai kesakitan itu.

image is not available

gambar hiasan

Saya berdoa, berikanlah balasan tapi bukan kepada madu saya, sebaliknya apa yang saya rasa ini kepada orang yang paling madu saya sayang supaya dia rasa macam mana sakitnya.

Dalam pada itu, dia turut memberikan kata-kata semangat kepada para isteri pertama yang pernah dikhianati supaya terus kuat dan tabah.

Kifarah itu benar. Teruskan berdoa wahai isteri-isteri pertama yang sedang terluka. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri kekuatan kepada kita semua.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

Suami Curang Hina Parut 'Czer' Isteri - "Ada Ke Nak Perempuan Stretch Mark Berlambak Kat Perut"