Lelaki serang bekas isteri, ugut bakar rumah

LocalPolitics
15 Jun 2025 • 8:46 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Seorang lelaki yang berang selepas permintaannya untuk berjumpa bekas isteri ditolak, bertindak agresif menyerang wanita itu dan bekas adik iparnya, malah mengugut mahu membakar kediaman mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berumur lingkungan 30-an itu ditangkap pada Jumaat di hadapan sebuah kilang di kawasan industri Batu 3 Jalan Apas.

“Suspek ditahan kerana disyaki mencederakan dan mengugut bekas isterinya di sebuah kediaman di Batu 3 Jalan Apas,” katanya di sini, Sabtu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jasmin berkata, mengikut laporan polis pengadu pada 1 Jun, suspek mendatangi rumah mangsa pada 31 Mei kira-kira jam 11 malam untuk menemui bekas isterinya.

Bagaimanapun, bekas adik iparnya cuba menghalang hasrat lelaki itu dan memintanya berhenti mengganggu kakaknya.

“Suspek dikatakan menumbuk bekas adik iparnya itu sehingga mengalami kecederaan pada muka dan satu batang giginya patah,” katanya. Beliau berkata suspek turut menendang badan bekas isterinya sehingga cedera muka dan hidungnya, malah diugut akan dipukul jika terserempak di luar.

Katanya, lelaki itu juga mengugut mahu membakar kediaman bekas isterinya sekeluarga. Susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada esoknya.

“Berikutan aduan itu usaha mengesan suspek dilancarkan dan hasil siasatan turut mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Suspek, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kini ditahan mengikut Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan) Kanun Keseksaan, Seksyen 506 (membuat ugutan) kanun yang sama dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63.