Isteri Sanggup Jalan Kaki Sejauh 2KM Untuk Jumpa Suami Lepas Suami Ditahan Polis Ketika Merempit

Entertainment
13 Jul 2025 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis telah menahan beberapa orang individu iaitu penunggang motosikal yang membuat aksi bahaya di jalan raya dengan motosikal atau aksi merempit di Klang pada Ahad.

image is not available
Gambar Hiasan

Isteri kepada salah seorang yang ditahan itu dikatakan telah sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer dari rumahnya untuk ke lokasi suaminya ditahan untuk bertemu dengan lelaki tersebut selepas wanita itu dimaklumkan bahawa polis telah menahan suaminya dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Klang.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita itu mendakwa dia terpaksa berjalan kaki ke lokasi suaminya ditahan kerana dia tidak mempunyai motosikal lain selain yang ditunggang oleh suaminya.

Difahamkan, wanita itu baru sahaja berkahwin dengan suaminya beberapa bulan yang lalu.

image is not available
Antara yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Klang

Menurut wanita itu juga, suaminya itu tidak mengendahkan nasihatnya meskipun sebelum ini dia telah beberapa kali mengingatkan lelaki itu agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti samseng jalanan seperti berkumpul secara beramai-ramai dan menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi bahaya dengan motor mereka.

Difahamkan, pihak polis menjalankan operasi tersebut untuk membanteras kegiatan lumba haram yang sering diadakan di kawasan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.