Isteri Sufian Suhaimi Jadi Perhatian, Ramai Puji & Approved - “Cantik Betul Wife Pian, Nampak Aura Seri Pengantin”

3 May 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kecantikan isteri kepada penyanyi, Sufian Suhaimi iaitu Rania Al Sadat sewaktu majlis pernikahan mereka mendapat perhatian pengikut media sosial.
 

Terpegun lihat isteri Sufian

image is not available



Menerusi beberapa foto perkahwinan tular di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat kecantikan Rania yang manis menyarungkan busana pernikahan mereka.



Selain kecantikan, netizen juga mengucapkan tahniah kepada Sufian kerana berkat kesabaran dan dugaan yang ditempuhi sebelum ini, dia kini sudah bergelar suami orang.


image is not available



Untuk info, Sufian dan Rania mengadakan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 



Dalam majlis pernikahan tersebut, Sufian menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang kepada pengantin perempuan.



Terdahulu, awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.



Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved