Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Sah Bergelar Suami Isteri

2 May 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Sufian Suhaimi telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan wanita pilihan iaitu Rania Al Sadat pada sekitar jam 9.30 pagi, Jumaat. 

Difahamkan pasangan itu mengadakan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Dalam majlis pernikahan tersebut, Sufian menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang kepada pengantin perempuan.

Menurut Sufian, majlis resepsi akan diadakan secara sederhana dan tertutup dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja, bertempat di ibu kota dengan jumlah jemputan yang terhad.

Sempena tarikh bahagia ini, pelantun lagu Terakhir itu turut turut mempersembahkan sebuah karya istimewa buat para peminatnya menerusi lagu berjudul Saksi, hasil ciptaan Sirkhan, NamjaN dan Rinkarnaen.



Katanya, lagu ini membawa naratif kisah cinta pasangan ini, dan turut disertakan dengan muzik video eksklusif yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Sufian bermula jam 2 petang nanti. 

Menariknya, Rania turut membuat penampilan khas dalam muzik video tersebut sebagai simbolik kepada perjalanan cinta mereka yang kini telah menemui pelabuhan bahagia.

Meskipun bergelar suami isteri, pasangan ini menegaskan mereka akan terus komited terhadap kerjaya masing-masing. Sufian kini sedang giat menyiapkan album sulungnya yang dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.




 

 


Terdahulu, awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.


 


Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023.


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved