Isteri syak suami pening akibat tekanan darah rendah sebelum jatuh bot

LocalHealth & Fitness
2 Nov 2026 • 2:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri syak suami pening akibat tekanan darah rendah sebelum jatuh bot

KOTA BHARU – Isteri kepada seorang buruh yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di pengkalan pasir di Kampung Chekok, Serendah di sini semalam mengesyaki suaminya mengalami pening akibat tekanan darah rendah ketika berada di atas bot berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, yang bekerja sebagai pengorek pasir menggunakan jentera berat dikatakan mengalami kekejangan pada bahagian kaki sebelum terjatuh ke dalam sungai dari sebuah bot.

Isteri mangsa, Nor Asnida Mohd. Tarmizi, 32, berkata, dia mengesyaki keadaan kesihatan suaminya, mungkin menjadi punca lelaki itu terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki bot bersama rakan sekerja, Azwan Azid, 40, yang juga pemandu bot.

Menurutnya, suaminya mengalami demam pada malam sebelum kejadian selain mempunyai sejarah tekanan darah rendah.

“Sebelum kejadian, suami saya keluar dari rumah kira-kira pukul 8 pagi dan kelihatan tergesa-gesa untuk ke tempat kerja. Dia sudah bekerja di kawasan sungai itu sejak lebih lima tahun lalu dan tidak pernah berdepan sebarang masalah sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya dan keluarga sudah beberapa kali mengadakan solat hajat memohon supaya suami ditemukan. Saya berharap dia dijumpai hari ini selepas operasi mencari memasuki hari kedua dengan bantuan ahli keluarga serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pengkalan pasir Kampung Chekok, Serendah di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Fakaruddin Brahim berkata, operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua hari ini dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE

 

The post Isteri syak suami pening akibat tekanan darah rendah sebelum jatuh bot appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved