Isteri terpaksa bebelkan Aliff Syukri, sedar dari pembendahan terus nak buat ‘live’

EntertainmentLifestyle
11 Sep 2025 • 11:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Sri Aliff Syukri, iaitu Datin Sri Shahida Abd Rashid terpaksa bebelkan suaminya yang baru sedar dari pembedahan namun terus mahu bekerja dengan membuat siaran langsung.

Instagram will load in the frontend.

Aliff Syukri baru selesai buat pembedahan

Dalam hantaran yang dibuat Shahida, beliau telah berkongsi video sewaktu meminta suaminya untuk berehat sedangkan sebelum ini berada dalam keadaan sakit.

“Malam tadi lepas keluar dewan pembedahan sampai tak bercakap langsung menahan sakit.

Tapi pagi-pagi ni. seawal 5.30 pagi dia bangun lepas tu cari PA nak minta buat siaran langsung,” ujar Shahida.

Aliff Syukri nak buat live lepas sedar

Susulan itu, beliau bertegas untuk tidak membenarkan suaminya membuat siaran langsung dan meminta supaya Aliff kembali tidur agar dapat berehat daripada kesakitan yang dialami.

Walau bagaimanapun, Shahida secara berseloroh telah mengadu hal tersebut kepada pembantu peribadi Aliff mengatakan usahawan berkenaan merajuk susulan dilarang membuat siaran langsung seperti kebiasaannya.

“Minta maaf ya. Kena garang sikit bukan jadi isteri derhaka. Terus tidur balik merajuk punya pasal,” tulisnya lagi.

image is not available

Rehat dulu Datuk!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat usahawan terbabit yang merajuk apabila tidak dibenarkan untuk membuat siaran langsung oleh isterinya.

Namun begitu, mereka juga menitipkan pesan dan doa supaya Aliff Syukri segera diberi kesembuhan.

image is not available

Usahawan yang kerja kuat

image is not available

Allah nak bagi rehat tu

image is not available

Aliff Syukri sememangnya kerap membuat siaran langsung di platform TikTok tidak kira waktu termasuk bersama anak-anaknya.

Beliau pernah menyatakan dirinya perlu untuk bekerja keras kerana mempunyai komitmen yang cukup tinggi walaupun terlihat hidup dalam kemewahan.

Difahamkan, beliau baru sahaja membuat pembedahan di bahagian pinggang susulan kemalangan yang pernah dialaminya sebelum ini.

Sumber: Instagram shahidadherbs