Isteri Tun Daim, Toh Puan Mahani meninggal dunia

23 Jan 2023 • 6:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Toh Puan Mahani Idris, isteri kepada bekas Menteri Kewangan dan tokoh korporat negara Tun Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia pada Ahad malam.

Bagaimanapun, punca beliau meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti.

"Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Toh Puan Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa," menurut sumber rapat dengan keluarga Allahyarham.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, di sini pada jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham juga akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak. - Awani