Isteri tunggang motosikal bawa suami sukar berjalan ke hospital dapatkan rawatan

LocalEntertainment
25 Dec 2024 • 4:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Isteri tunggang motosikal

Pengorbanan seorang isteri tunggang motosikal bawa suami yang sukar berjalan untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menjadi perhatian ramai apabila video terbabit tular di media sosial.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai faizaljoe0, dia telah memuat naik momen seorang wanita yang mengangkat seorang lelaki dari kerusi roda naik ke tempat duduk motosikal sebelum dia bersedia untuk menggerakkan kenderaan tersebut.

@faizaljoe0

Pengorbanan seorang isteri..moga Allah kurniakan rezeki yg tak putus2 untuk family ni…dari simpang pulai mai hospital batu gajah..allahu…jom kita sama2 doakan kesihatan beliau dan diberi rezeki yg melimpah2 untuk beliau…aminn

♬ original sound - Aki Seruling - AKI Seruling

Isteri tunggang motosikal bawa suami dapatkan rawatan

Perkongsian itu telah disertakan dengan kasyen dari pengguna TikTok yang mengatakan bahawa pengorbanan seorang isteri yang cukup besar apabila membawa suaminya dari Simpang Pulai ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan.

“Pengorbanan seorang isteri..moga Allah kurniakan rezeki yang tak putus2-putus untuk family ni…dari Simpang Pulai mai Hospital Batu Gajah. Allahu…” tulisnya.

Isteri tunggang motosikal bawa ke hospital, suami sukar berjalan

Dapat dilihat yang wanita tersebut melakukan segalanya sendiri di samping ada seorang anak kecil yang bermain disekitarnya dipercayai anak pasangan berkenaan.

Walaupun pada akhirnya ada seorang lelaki yang menghampiri untuk membantu, namun semuanya sudah selesai dan dia dilihat bersedia untuk bergerak dari lokasi berkenaan.

image is not available

Pengorbanan seorang isteri

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan pasangan tersebut dipermudah lebih-lebih lagi melihat pengorbanan seorang isteri yang bersusah payah demi kesembuhan suami.

Mereka juga akui bahawa setiap orang mempunyai cabaran tersendiri dalam kehidupan dan berharap keluarga itu kuat dalam menempuhinya.

 

image is not available

Semoga urusan mereka sekeluarga dipermudah

image is not available

Setiap orang mempunyai cabaran tersendiri dalam hidup

image is not available

Semoga lelaki terbabit segera diberi kesembuhan dan isterinya terus cekap menjadi pendamping dalam susah mahupun senang.

Sumber: TikTok faizaljoe0