Wawa Zainal nak lelong suami RM5 juta, netizen tegur minta jaga kata-kata

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 5:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wawa Zainal nak lelong

Pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal nak lelong suami RM5 juta sewaktu berseloroh dalam satu video mempromosikan produk keluaran syarikat mereka di platform media sosial.

Menerusi video yang dikongsi TikTok wawacosmeticsofficial, dia telah meninggalkan kapsyen bergurau dengan mengatakan ada Aeril Zafrel yang ingin dijual sehingga mendapat perhatian ramai.

Wawa Zainal nak lelong suami, RM5 juta kalau mahu bermadu

Dalam perkongsian tersebut Wawa menyatakan mana-mana yang mahu menjadi madu dan berkahwin dengan Aeril perlulah membayar RM5 juta kepadanya.

“Dia nak bermadu dengan saya, RM5 juta. Aeril untuk dijual bernilai RM5 juta, ada?

“Sekali tengok ada orang kaya yang tua dari luar negara yang nak beli awak, macam mana tu?” katanya.

image is not available

Wawa Zainal nak lelong suami, Aeril jawab tak masuk akal

Perkara itu diucapkan pemilik nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, selepas ada netizen yang meluahkan hasrat mahu bermadu dengan pelakon itu dan bersedia menjadi isteri kedua Aeril Zafrel.

Susulan daripada itu, Wawa sempat bertanyakan jawapan daripada suaminya, namun aktor kacak itu hanya tertawa sambil mengatakan apa yang dinyatakan isterinya seperti tidak masuk akal sahaja.

“Awak rela ke untuk dijual RM5 juta?

Soalan bodoh apa ni?” jawabnya.

Netizen minta Wawa hati2 dalam berkata-kata

Susulan daripada itu, ramai yang memberi respon diatas gurauan Wawa dan mintanya berhati-hati dalam berkata-kata kerana boleh jadi ia satu doa.

Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar rumah tangga pasangan ini terus dilindungi oleh Allah S.W.T dan meminta supaya pelakon asal Sabah itu tidak mengeluarkan ucapan yang suatu hari nanti boleh memakan diri sendiri.

image is not available

Jangan Wawa, kata-kata tu satu doa

image is not available

Kalau ada yang beli mau menangis nanti

image is not available

Sekadar info, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abiddin telah mendirikan rumah tangga dengan Aeril Zafrel atau Suhairil Sunari pada Februari 2013.

Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Sumber: TikTok wawacosmeticofficial