'Isteriku yang tercinta... telah meninggal'

WorldEntertainment
3 Oct 2024 • 10:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Marissa Haque yang meninggal dunia pada Rabu.

image is not available
Sukar untuk menerima hakikat bahawa insan yang tercinta telah pergi buat selamanya dan perasaan itu juga dirasai oleh suami kepada pelakon wanita terkenal Indonesia, Marissa Haque yang meninggal dunia pada Rabu.

SUKAR untuk menerima hakikat bahawa insan yang tercinta telah pergi buat selamanya dan perasaan itu juga dirasai oleh suami kepada pelakon wanita terkenal Indonesia, Marissa Haque yang meninggal dunia pada Rabu.

Ikang Fawzi yang juga merupakan pelakon berusia 64 tahun masih diselubungi kesedihan selepas kematian mengejut isterinya itu.

Bagi Ikang, pemergian Marissa bukan sahaja meragut cinta sejatinya tetapi membuatkan hatinya kosong serta sukar diungkap dengan kata-kata.

“Isteriku yang tercinta, Allah.. telah meninggal,” ucapnya pada upacara pengebumian jenazah isterinya di TPU Tanah Kusir, Jakarta Selatan, Indonesia.

Memetik portal berita Voi.Id, Ikang yang tidak dapat menahan kesedihannya dilihat beberapa kali pengsan sebelum dibantu oleh orang ramai.

“Ikang sangat sedih, dia pengsan empat kali,” kata Addies MS yang juga rakan kepada pasangan suami isteri itu.

Meskipun, berat untuk dia menelan kesedihan itu, tetapi Ikang reda dengan ketentuan Illahi dan ikhlas dengan pemergian Marissa.

**media[2832817]**

Dalam pada itu, beliau turut mengungkapkan kata cinta kepada Marissa dan menyayangi isterinya itu buat selamanya.

Ikang mendirikan rumah tangga dengan Marissa pada Julai 1986. Sepanjang bergelar suami isteri, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata.

Pasangan itu mula berkenalan semasa membintangi filem Tinggal Landas Buat Kekasih yang diarahkan Sophan Sophiaan.

Marissa yang pernah mendaki puncak populariti sekitar tahun 80-an, meninggal dunia sekitar pukul 2 pagi Rabu. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved