
Kota Kinabalu: Adun Luyang Datuk Phoong Jin Zhe menggesa Jabatan Air Sabah merangka penyelesaian jangka pendek bagi menangani krisis bekalan air berpanjangan yang dialami penduduk Golden Hill Garden dan Taman Waja di Luyang.
Menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap penduduk terjejas, Phoong yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, menekankan betapa seriusnya krisis bekalan air dan menegaskan komitmennya untuk mencari penyelesaian.
“Saya memandang serius isu ini dan saya benar-benar kecewa kerana Golden Hill Garden dan Taman Waja mengalami isu air selama lebih setahun. Menyelesaikan perkara ini adalah keutamaan saya,” katanya selepas bertemu penduduk baru-baru ini.
Turut hadir wakil Jabatan Air Sabah, Ismail yang bertugas sebagai juruteknik kawasan.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Bagi menyelaraskan komunikasi dan memupuk tindak balas lebih segera terhadap situasi yang sedang berlaku, Phoong juga mengambil pendekatan celik teknologi dengan menyediakan kumpulan sembang WhatsApp khusus yang terdiri daripada penduduk dari Golden Hill Garden dan Taman Waja.
“Ini akan membolehkan saya memantau sendiri keadaan. Sekiranya berlaku pemotongan air, wakil penduduk boleh memaklumkan kepada saya dengan segera melalui kumpulan berkenaan,” katanya.
“Saya akan terus komited untuk menyelesaikan isu mendesak ini dan memastikan kesejahteraan penduduk terjejas di Luyang,” kata Phoong yang mendapatkan pembabitan Jabatan Air Sabah dan menggunakan alat komunikasi moden, berusaha untuk menyegerakan langkah bantuan kepada penduduk Golden Hill Garden dan Taman Waja.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

