Isu Anjing Liar Berpunca Daripada Kegagalan Kerajaan Urus Pembuangan, Pembiakan & Pelesenan Haiwan – Aktivis

14 Sep 2026 • 10:39 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Anjing Liar Berpunca Daripada Kegagalan Kerajaan Urus Pembuangan, Pembiakan & Pelesenan Haiwan – Aktivis

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kejadian menimpa Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi yang digigit sekumpulan anjing pada 5 September lalu nyata mendapat perhatian ramai.

Ia termasuklah Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang mahu langkah proaktif diambil atas dasar keselamatan terhadap kanak-kanak memandangkan mereka merupakan golongan yang mudah berhadapan dengan haiwan agresif.

Antara langkah yang dicadangkan adalah seperti menetapkan dan mengenal pasti kawasan panas (hot spot) dengan mengutamakan lokasi yang kerap digunakan oleh kanak-kanak.

Aktivis Berpendapat Masalah Anjing Liar Berpunca Dari Kerajaan, Gagal Urus Pembuangan & Pembiakan

Terbaharu, seorang aktivis hak haiwan membidas gesaan agar tindakan lebih tegas diambil mengenai isu anjing liar.

Sebaliknya dia berpendapat, masalah tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan selama ini dalam menguruskan pembuangan, pembiakan dan pelesenan haiwan.

Aktivis dari Lawyers for Animal Rights, Rajesh Nagarajan turut menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak ekoran serangan anjing liar baru-baru ini namun Rajesh menegaskan bahawa anjing liar ‘bukan masalahnya’.

“Anjing liar tidak muncul dengan sendirinya. Ia berpunca daripada pembuangan haiwan, pembiakan yang tidak terkawal dan pihak berkuasa tempatan yang tidak pernah membangunkan sistem pengurusan populasi yang sebenar.

“Menjadikan haiwan itu sebagai sasaran sekarang bukanlah dasar keselamatan. Ia hanyalah alasan untuk menutup kegagalan,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Pihak Berkuasa Perlu Namakan & Siasat Jika Lokasi Panas Betul-Betul Wujud

Tambah Rajesh, sekiranya lokasi panas benar-benar wujud, pihak berkuasa perlu menamakan, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap haiwan berkenaan.

Jelasnya, penguatkuasaan yang dilakukan perlu membezakan antara haiwan yang betul-betul berbahaya dengan anjing sihat tiada pemilik namun dia sama sekali tidak setuju yang kategori tiada pemilik atau ‘anjing terbiar’ digunakan dalam penilaian risiko (risk assessment).

“Sebelum sebarang tindakan besar-besaran diambil, pihak berkuasa perlu memberikan jawapan: ‘Berapa banyak aduan yang dibuat sebelum setiap serangan, dan apakah tindakan yang diambil terhadap aduan tersebut?’

“Adakah haiwan berbahaya pernah dinilai atau diambil tindakan? Adakah program pemandulan dan vaksinasi benar-benar dibiayai?” jelasnya.

Skim Ganjaran Atau Pembunuhan Beramai-Ramai Bukan Jalan Penyelesaian

Pada masa sama, Rajesh turut menyuarakan kebimbangan kemungkinan akan terdapatnya skim ganjaran atau pembunuhan beramai-ramai anjir terbiar.

Dia berpendapat, langkah tersebut tidak akan menyelesaikan punca sebenar isu berkenaan.

“Menangkap anjing tanpa menyelesaikan isu pembuangan dan pembiakan hanya mewujudkan kitaran yang tidak berkesudahan.

“Haiwan baharu akan mengambil tempatnya dalam tempoh beberapa minggu,” katanya.

Aktivis Cadang Wajibkan Identifikasi, Pemandulan & Vaksinasi Haiwan

Malah, Rajesh turut mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan antaranya seperti mewajibkan identifikasi, pemandulan serta vaksinasi haiwan dilaksanakan secara berterusan.

Selain itu Rajesh berpendapat, penguatkuasaan terhadap pembuangan haiwan serta penilaian profesional terhadap haiwan berbahaya perlu dijalankan serta menyediakan data awam yang telus.

“Jika terdapat ancaman yang jelas dan serta-merta terhadap kanak-kanak, bertindaklah dengan tegas terhadap haiwan yang berbahaya, bukannya setiap haiwan yang tidak mempunyai pemilik,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Nur Haira Berlumuran Darah, Nafasnya Perlahan” – Keluarga Kongsi Detik Cemas Nur Haira Digigit Anjing Liar

Baca Artikel Berkaitan: Kumpulan Hak Asasi Haiwan Desak Majlis Bandaraya Seremban Henti Program Tangkap Anjing Terbiar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved