Isu Azan Di Penang: Peguam Persoal Kenapa Azan Kena Guna Speaker Kuat, Saran Guna Apps

18 May 2023 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai klip video yang tular di media sosial menunjukkan satu sesi dialog antara pihak JMB sebuah kondominium di Tanjung Tokong dengan penduduk di situ mengenai isu semasa di kediaman tersebut.

Sesi dialog itu dikatakan menjadi tegang apabila pihak JMB membincangkan isu pembesar suara di surau kondominium tersebut.

JMB tak bagi surau pakai speaker kuat laung azan?

Menurut Sinar Harian, kondominium itu difahamkan mempunyai tiga blok dengan setiap darinya berketinggian 48 tingkat dan majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam.

Difahamkan juga, terdapat empat buah pembesar suara di surau kondominium itu yang bersaiz kecil diletakkan di dalam surau dan dua lagi yang bersaiz besar diletakkan di luar surau yang terletak 200 meter daripada blok pertama kondo itu.

image is not available

Apa yang menimbulkan ketegangan ialah pihak JMB dipercayai telah melarang pihak surau untuk menggunakan dua speaker bersaiz besar di luar surau untuk kegunaan azan, sebaliknya hanya membenarkan untuk guna speaker kecil di dalam surau sahaja.

“Perlu ke guna speaker yang lebih kuat untuk Azan, boleh saja guna aplikasi”

Meskipun isu tersebut telah diselesaikan dengan cara baik oleh kedua belah pihak, yang mana pihak JMB dilaporkan telah membuat permohonan maaf terbuka kepada penduduk Islam di kondo berkenaan, timbul satu isu yang hangat diperkatakan netizen di Twitter.

Seorang peguam, Azira Aziz dilaporkan telah memuat naik kenyataan mempersoal keperluan untuk menggunakan speaker yang lebih kuat untuk melaungkan azan.

Menerusi posting tersebut, Azira mempersoal keperluan untuk menggunakan speaker kuat sedangkan golongan muslim moden masa kini hanya boleh menggunakan aplikasi sebagai peringatan untuk waktu solat.

Perlukah kita pakai pembesar suara yang lebih kuat untuk laungkan azan sedangkan seperti kebanyakan muslim moden, kita boleh guna aplikasi untuk ingatkan waktu solat di dalam rumah kita? Ada juga jam canggih.

“Sesetengah orang takkan bangun dengar bunyi (tidur mati) tapi terjaga kalau dengar bunyi alarm atau getaran telefon,” katanya.

Namun katanya lagi, tweet berkenaan adalah sebagai solusi kepada masalah bunyi azan terlalu perlahan hingga tidak sampai ke tingkat 42 kondominium tersebut, jadi lebih baik menggunakan aplikasi di telefon.

“Azan n Iqamat adalah sunat muakkad”

Tweet tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan netizen yang berpendapat azan seharusnya dikumandangkan kerana ia panggilan untuk menunaikan solat.

Malah ramai juga yang merasakan statement yang dikeluarkan wanita itu agak merisaukan kerana ia mengingatkan akan tanda-tanda akhir zaman, di mana azan tidak lagi dikumandangkan.

image is not available

Apapun, menurut pihak polis kes ini sudah pun selesai antara dua pihak dan diharapkan ia tidak lagi menjadi perbincangan di masa hadapan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.