Isu baja lewat, pengarah urusan syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 12:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu baja lewat, pengarah urusan syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM

ALOR SETAR – Pengarah urusan syarikat pembekal baja yang direman bagi membantu siasatan isu kelewatan pengagihan baja sebatian tambahan (Baja 3) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah direman selama empat hari sehingga semalam dan dibebaskan sebaik tempoh reman tamat.

Bagaimanapun suspek dikehendaki melaporkan diri di SPRM Kedah pada setiap bulan dan perlu hadir sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja direman empat hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja 3 kepada pesawah di Kedah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Ia bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda berkeluasan 100,000 hektar.

Siasatan berhubung isu tersebut dilakukan SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah, namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Isu baja lewat, pengarah urusan syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved