Pengarah urusan syarikat pembekal baja dibebaskan dengan jaminan SPRM

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 1:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengarah urusan syarikat pembekal baja dibebaskan dengan jaminan SPRM

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membebaskan seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja yang direman berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di negeri ini.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan reman selama empat hari sehingga semalam, dan dibebaskan sebaik tempoh reman tamat.

Beliau, bagaimanapun memaklumkan suspek dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM Kedah setiap bulan dan perlu hadir jika dipanggil untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan Baja Padi 3 kepada pesawah di Kedah.

Kertas siasatan itu dibuka susulan aduan diterima daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos lepas berhubung kelewatan pembekalan baja yang menjejaskan keperluan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), melibatkan kawasan seluas kira-kira 100,000 hektar. – BERNAMA

The post Pengarah urusan syarikat pembekal baja dibebaskan dengan jaminan SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved