Pemilik syarikat, ejen direman bantu siasatan kes dokumen palsu

LocalCars
15 Sep 2026 • 1:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemilik syarikat, ejen direman bantu siasatan kes dokumen palsu

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman seorang pemilik syarikat dan seorang ejen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu berkaitan urusan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perintah reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Evangelin Simon Silvaraj selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 hingga hingga 40-an itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, mereka disyaki bersubahat mengemukakan dokumen perakuan dan butiran palsu bagi membolehkan proses pendaftaran dan pertukaran hak milik nombor kenderaan dilakukan secara tidak sah tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 9 September lalu, SPRM menahan reman 11 individu termasuk enam penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Norizan Riduan terhadap tujuh lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun di Mahkamah Majistret Ipoh.

Menurut sumber, kesemua individu yang ditahan itu disyaki berpakat mengemukakan dokumen palsu dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang melibatkan 16 nombor pendaftaran kepada JPJ.

Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dipercayai berlaku sekitar tahun 2025, dengan ejen-ejen berkenaan disyaki berpakat dengan penjawat awam bagi mengemukakan dokumen palsu.

Dokumen palsu itu dipercayai digunakan bagi membolehkan proses pertukaran hak milik kenderaan dilakukan secara tidak sah. – KOSMO! ONLINE

The post Pemilik syarikat, ejen direman bantu siasatan kes dokumen palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved