Isu berkaitan peruntukan, PM Anwar minta KKDW dan MOF duduk bincang secara baik

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 6:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kementerian Kewangan (MOF) menyelesaikan isu berkaitan peruntukan, khususnya kelewatan pembayaran kepada kontraktor, secara baik.

Kedua-dua kementerian perlu duduk berbincang

Memetik laporan daripada Berita Harian, Perdana Menteri menyatakan, kedua-dua kementerian perlu berbincang bagi mencari jalan penyelesaian susulan isu berkenaan yang kini diperdebatkan secara terbuka.

“Kita bincang secara baik. Saya minta kementerian bincang, dua-dua kementerian dengan baik,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di sini, hari ini.
Image from: Isu berkaitan peruntukan, PM Anwar minta KKDW dan MOF duduk bincang secara baik

Foto: PMO

Baru-baru ini, KKDW dilaporkan berdepan isu kelewatan pembayaran yang didakwa menjejaskan kelangsungan operasi kementerian berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila sebilangan kontraktor yang sudah melaksanakan kerja mengikut kemajuan ditetapkan dalam kontrak pembangunan, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), masih berdepan kelewatan bayaran.

Menurut beliau, keadaan itu memberi kesan kepada aliran tunai kontraktor sehingga ada yang terpaksa menutup operasi, selain berdepan tindakan daripada pembekal bahan dan subkontraktor.

Image from: Isu berkaitan peruntukan, PM Anwar minta KKDW dan MOF duduk bincang secara baik

Foto: Bernama

Susulan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican menjelaskan bahawa tiada sekatan dikenakan MOF terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar.

Katanya, semua dana yang diperuntukkan kepada KKDW sudah disalurkan sepenuhnya, manakala kekangan pembayaran kepada kontraktor berlaku kerana dana berkenaan telah dibelanjakan sepenuhnya.

Image from: Isu berkaitan peruntukan, PM Anwar minta KKDW dan MOF duduk bincang secara baik

Foto: NSTP

MOF juga sudah meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turut mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya berbelanja mengikut peruntukan yang telah dibajetkan.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved