Kita bincang baik-baik KKDW dan MOF – Anwar

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kita bincang baik-baik KKDW dan MOF – Anwar

AMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MOF) cari penyelesaian terbaik soal peruntukan.

Beliau menasihatkan MoF dan KKDW  berbincang untuk mencari penyelesaian bagi isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang kini diperdebatkan secara terbuka oleh kedua-dua kementerian itu.

“Kita bincang secara baik. Saya minta kementerian bincang, dua-dua kementerian dengan baik,” katanya ringkas mengulas isu dihadapi KKDW itu, pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di sini hari ini.

Baru-baru ini, KKDW dilaporkan berdepan isu berkaitan kelewatan pembayaran hingga menjejaskan kelangsungan operasi kementerian diterajui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu.

Keadaan itu sekali gus mengundang rasa tidak puas hati Ahmad Zahid yang menegaskan ada sebilangan kontraktor sudah melaksanakan kerja di bawah KKDW dan mencapai kemajuan ditetapkan mengikut kontrak pembangunan, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), tetapi berdepan kelewatan bayaran daripada kerajaan.

Malah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican menerusi maklum balasnya menegaskan, tiada sebarang sekatan dikenakan MOF ke atas peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar.

Katanya, semua dana diperuntukkan bagi KKDW sudah disalurkan sepenuhnya dan kekangan proses pembayaran kontraktor ketika ini disebabkan dana berkenaan sudah dibelanjakan sepenuhnya.

Beliau berkata, MOF juga sudah meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, turut mengingatkan supaya semua kementerian dan agensi kerajaan berbelanja mengikut peruntukan yang dibajetkan.

The post Kita bincang baik-baik KKDW dan MOF – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved