“Isu besar tau! L*wat budak2” – Baby Shima Sindir Pihak Yang ‘Diam’ Isu GISBH

Entertainment
18 Sep 2024 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Baby Shima sekali lagi menjadi tumpuan berkenaan perkongsian kenyataannya di Instagram yang menyindir segelintir pihak.

Ia berikutan dengan isu Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) yang kini sedang menjadi buah mulut orang ramai. Dalam kenyataan sinis itu, difahamkan Baby Shima menemplak segelintir golongan yang sering menegur dirinya secara terbuka.

Lantang dalam memberikan pendapat, Baby Shima ‘menyeru’ pihak tersebut untuk tampil bersuara berkenaan dengan isu tersebut. Ini kerana dirinya selalu menjadi ‘target’ untuk ditegur secara terbuka jika melakukan ‘sesuatu’.

“Yang terpaling tegur selalu mana? Takkan asyik nak tunggu gelek Baby Shima je baru nak muncul buat video, doa bala, buat konten, keluar surat itu ini. Isu GISB tak nak bersuara ke semua? Ini kes besar tau! L*wat budak-budak! Bukan tu je, d*ra budak, ajar mel*wat, banyak lagi. Kenapa tak nak tegur? Kenapa semua diam?”

Dalam pada itu Baby Shima turut menyindir bahawa pihak tersebut mungkin menjaga hati ‘rakan’ mereka. Malah, dia juga mendakwa bahawa teguran buat dirinya itu adalah satu modal untuk menaikkan jumlah view.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan Baby Shima terhadap isu ini.

image is not available image is not available image is not available

Baby Shima sindir siapa tu?

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.