KENINGAU: Ibu bapa digesa supaya terus yakin menghantar anak-anak ke sekolah berikutan pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk masa depan generasi muda.
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata walaupun isu buli menjadi kebimbangan utama dalam kalangan ibu bapa namun tidak wajar perkara berkenaan dijadikan penghalang untuk anak-anak menuntut ilmu.
“Ibu bapa perlu yakin kerana saya lihat guru-guru juga sudah menunjukkan keyakinan.
“Mudah-mudahan dengan adanya peraturan tertentu isu buli di sekolah dapat dielakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penyerahan 100 unit smart TV kepada 30 buah sekolah rendah dalam daerah Sook di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Biah.
Mengulas lanjut Ellron menyatakan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) serta agensi berkaitan sentiasa mengambil langkah berterusan bagi memastikan keselamatan murid terjamin termasuk memperketat pengawasan serta memperkukuh program pendidikan sahsiah di sekolah.
Katanya lagi ibu bapa juga memainkan peranan besar dengan sentiasa berkomunikasi bersama pihak sekolah serta mendidik anak-anak mengenai nilai hormat, disiplin dan tolak ansur.
Menurut beliau apabila ada kerjasama semua pihak isu buli dapat ditangani secara berkesan sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif demi kemenjadian murid dan masa depan negara.
Sementara itu Guru Besar SK Kampung Biah Usrah Abdul Wahid menzahirkan penghargaan atas sumbangan televisyen yang diyakini mampu meningkatkan kehadiran murid serta pencapaian akademik sekolah.
“Harapan kami agar kemudahan yang diberikan ini mampu menjadikan murid semakin berminat hadir ke sekolah dan seterusnya dapat mencapai KPI jabatan sekali gus mencemerlangkan akademik SK Kampung Biah,” katanya.