Isu Dakwaan Pensyarah Terlibat Gerakan Freemason, UM Buka Kertas Siasatan

LocalPolitics
12 Feb 2026 • 10:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason.

Dakwaan pensyarah terlibat gerakan Freemason

Dalam satu kenyataan hari ini, UM memaklumkan pihaknya menyedari dakwaan berkenaan dan telah memulakan siasatan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai perkara itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membenarkan proses siasatan berjalan tanpa gangguan dan mengelakkan spekulasi atau penyebaran maklumat yang tidak disahkan, bagi melindungi integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

image is not available

UM akan siasat dakwaan gerakan Freemason terhadap pensyarah

UM turut menegaskan siasatan akan dijalankan secara adil, telus serta mengikut undang-undang, peraturan dan tatacara universiti.

Dalam pada masa yang sama, universiti berkenaan menzahirkan komitmen untuk memastikan isu tersebut ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

image is not available

Terdahulu, satu hantaran di media sosial mendakwa pensyarah berkenaan dan isterinya mempunyai kaitan dengan sebuah cawangan Freemason di luar negara, selain mempersoalkan keputusan universiti melantik individu terbabit.

image is not available

Artikel lain: Jemput Bruce Gilley Sebagai Penceramah, Universiti Malaya Buat Permohonan Maaf

Freemasonry merupakan sebuah pertubuhan persaudaraan berusia ratusan tahun yang berasal dari Eropah sekitar abad ke-16 hingga 18 dan dikenali dengan mesyuarat tertutup, ritual serta penekanan terhadap nilai moral dan kerja kebajikan.

Sumber: Facebook Universiti Malaya

The post Isu Dakwaan Pensyarah Terlibat Gerakan Freemason, UM Buka Kertas Siasatan appeared first on Borak Daily.